China, Myanmar Buka Era Baharu Persahabatan dan Kerjasama

2020-01-19 14:44:25  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping telah mengakhiri lawatan negara di Myanmar dan kembali ke Beijing pada Sabtu lalu. Dalam lawatan dua hari itu, beliau telah menghadiri 12 aktiviti, dan menyaksikan penandatanganan 29 buah dokumen kerjasama yang dalam pelbagai bidang. 

Kedua-dua pihak bersetuju untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Myanmar, mengeluarkan kenyataan bersama yang membuat perancangan terperinci bagi interaksi dan kerjasama dalam pelbagai bidang, serta membuka era baharu persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara.

Keputusan China dan Myanmar untuk mengintensifkan kerjasama, bermakna penting bagi mendorong keamanan dan kestabilan serantau. 

Kini, amalan perlindungan, unilateralisme dan tindakan membuli makin bangkit. Kedua-dua negara bersetuju untuk terus meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam rangka mekanisme multilateral termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China-ASEAN dan Kerjasama Lancang-Mekong (LMC). Selain itu, China dan Myanmar akan terus meningkatkan kerjasama dalam topik global yang melibatkan cabaran dihadapi bersama negara membangun, terus mengekalkan lima prinsip hidup bersama secara damai. Semua ini adalah kondusif bagi melindungi keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia. 

Lawatan negara Presiden Xi ke Myanmar kali ini disifatkan sebagai batu tanda yang baharu dalam hubungan China-Myanmar yang pasti akan memberi faedah kepada rakyat kedua-dua negara di samping mendorong kemakmuran dan pembangunan serantau dan dunia.

张宪