Institut Konfusius Meriahkan TBC di Thailand

2020-01-20 14:59:06  CRI
Share with:

Institut Konfusius di Thailand telah menganjurkan aktiviti pada 11 hingga 19 Januari, bagi menambah kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Acara disertai hampir 10 ribu guru bahasa Mandarin dan pelajar dari empat institut Konfusius di Koridor Ekonomi Timur Thailand, Phuket, Chiang Mai dan Khon Kaen, bersama-sama pelbagai lapisan masyarakat tempatan. 

Aktiviti kali ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar Thailand mengikuti pembelajaran bahasa Mandarin, di samping menyuburkan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara. 

Kaunselor Budaya di Kedutaan Besar China, Chang Yumeng berkata, Institut Konfusius telah menjadi platform komprehensif bagi pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara, yang turut memainkan peranan penting untuk meningkatkan taraf bahasa Mandarin di Thailand.

徐国玮