Presiden Xi Jinping melawat provinsi Yunnan semalam, sempena sambutan Tahun Baharu China (TBC).
Xi kelihatan membuat kuih bersama-sama penduduk tempatan.
Beliau melawat sebuah kampung etnik Wa di Qingshui, bandar Tengchong untuk mengetahui usaha pembasmian kemiskinan di sana dan mengucapkan selamat Tahun Baharu China kepada penduduk tempatan.
Xi Jinping juga melawat pekan Heshun, salah sebuah pekan yang penting dalam Jalan Sutera Selatan yang menghubungkan Sichuan China dengan Myanmar dan India, untuk mengetahui pewarisan kebudayaan, perlindungan alam sekitar dan lain-lain.