Bina Ekonomi Dunia yang Terbuka

2020-01-22 14:37:58  CRI
Share with:

Pembinaan ekonomi dunia yang terbuka, dan pembangunan sejagat yang mampan, fokus ucapan yang disampaikan Naib Perdana Menteri China, Han Zheng pada sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos semalam.

Beliau menekankan bahawa cara paling asas untuk menyelesaikan masalah dan kesukaran yang dihadapi globalisasi ekonomi adalah dengan membina ekonomi dunia yang inklusif dan terbuka, dengan berpegang pada multilateralisme. 

Katanya, semua negara harus lebih tabah, menjunjung konsep berunding secara sama rata dan bergabung tenaga untuk membawa proses globalisasi ke arah yang lebih terbuka, inklusif, bermanfaat, seimbang dan menang-menang. Ini bagi membolehkan rakyat sedunia berkongsi hasil globalisasi dan pertumbuhan dunia. 

Han menegaskan bahawa China yang giat mempertingkat keterbukaannya, akan terus melonggarkan akses modal asing, memperluas pengimportan komoditi dan perkhidmatan, menambah baik iklim perniagaan serta memperkasakan kerjasama bilateral dan multilateral.

徐国玮