Ekonomi Terbuka Penyangga Globalisasi

2020-01-23 16:14:44  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng menyatakan cara paling asas untuk merungkai masalah-masalah yang dihadapi dalam proses globalisasi adalah dengan membina ekonomi dunia yang inklusif dan terbuka, khususnya mempertahankan multilateralisme. 

Beliau berujar demikian semasa sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos baru-baru ini.

Dalam sidang tersebut, pihak China sekali lagi menekankan langkah-langkah penting untuk menggalakkan keterbukaan pada tahap lebih tinggi. Ini termasuk melonggarkan akses pelaburan asing, meningkatkan pengimportan barangan dan perkhidmatan, serta menambah baik iklim perniagaan.

China akan terus menyumbang kepada globalisasi ekonomi dan menyuntik momentum kuat demi pembangunan mampan sejagat.

胡星