Pihak China Sumbang Bantuan Bencana Gunung Berapi

2020-01-24 15:10:58  CRI
Share with:

Dewan Perniagaan China di Filipina semalam mendermakan 81 unit generator serta khemah dan barang-barang bantuan lain bernilai PHP5 juta (RM399 ribu) kepada kawasan yang terjejas akibat letusan gunung berapi Taal di Batangas.

Pada pukul 1.00 petang 12 Januari lalu, gunung berapi Taal meletus, memuntahkan abu dan asap setinggi 10 hingga 15 kilometer selama lebih sepuluh hari, memaksa sejuta penduduk tempatan berpindah.

Kedutaan Besar China telah mendermakan barang bantuan seperti penutup mulut dan makanan sebanyak empat kali. Syarikat dan usahawan China di negara itu turut diseru supaya menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.

高蕾