Empire State Nyala Lampu Merah TBC

2020-01-24 15:13:17  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_dg

Bangunan Empire State, pencakar langit yang menjadi ikon kota New York, Amerika Syarikat (AS) menyalakan lampu merah sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

图片默认标题_fororder_dg2
Konsul Jeneral China ke New York, Huang Ping dan presiden Observatori Bangunan Empire State, Jean-Yves Ghazi bersama-sama menghidupkan lampu berkenaan dalam satu upacara yang simbolik, semalam.

Huang Ping berharap kedua-dua negara terus memupuk persefahaman dan persahabatan sambil mendorong perkembangan hubungan bilateral berasaskan penyelarasan, kerjasama dan kestabilan.

Ini merupakan tahun ke-20 berturut-turut Bangunan Empire State menyalakan lampu merah sempena TBC.

 

高蕾