Guterres: Perlu Mekanisme Multilateral Lebih Efektif

2020-01-24 16:44:26  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres beranggapan bahawa cabaran yang dihadapi dunia dewasa ini memerlukan respons global serta mekanisme multilateral yang lebih efektif.

Semasa sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos semalam, Guterres menekankan betapa mustahaknya keberkesanan dan keinklusifan bagi mana-mana pertubuhan yang bersifat multilateral.

Untuk itu, PBB akan memperkasakan sinergi dengan institusi-institusi multilateral lain serta menggerakkan lebih banyak syarikat dan daya sosial untuk bersama-sama mencari penyelesaian kepada masalah-masalah global.

Selepas menyenaraikan empat cabaran yang didepani dunia iaitu perubahan iklim, isu kesaksamaan, ketegangan geopolitik dan kesan negatif ekoran kemajuan teknologi, Guterres khusus menekankan pentingnya mengatasi masalah perubahan iklim.

Beliau menyeru kerjasama diperkukuh supaya mekanisme multilateral dapat memainkan peranan serentak berhubung kedamaian dan keselamatan, ekonomi dan perdagangan serta teknologi dan tadbir urus. Semua negara juga digesa mencipta suasana lebih baik untuk membolehkan mekanisme multilateral beroperasi dengan lebih cekap.

Sidang tahunan WEF selama empat hari dirasmikan pada 21 Januari, bertemakan "gembleng tenaga sejagat demi perkembangan mampan".

曹捷