Hidangan Malam TBC di China Makin Pelbagai

2020-01-25 15:38:30  CRI
Share with:

Hari ini merupakan hari pertama bagi Tahun Baharu Cina (TBC), hari kebesaran yang disambut paling meriah oleh orang China. Disebabkan penularan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu, sejumlah penduduk memilih tidak balik kampung sempena perayaan kali ini. Walaupun mungkin tiada peluang untuk menikmati hidangan yang unik di kampung halaman sendiri, mereka berpeluang untuk menghayati makanan yang lazat dari seluruh dunia.

Banyak makanan asing yang lazat mengakses pasaran China melalui Eskpo Import Antarabangsa China (CIIE) sejak dua tahun yang lalu, sekali gus menambah banyak pilihan bagi penduduk China dalam mempersiapkan hidangan hari raya.

Menurut Kementerian Perdagangan China baru-baru ini, jumlah pengimportan barang penggunaan di China menambah 19% pada tahun 2019, antaranya, makanan akuatik dan hasil laut menambah 37.6%. Ini mempelbagaikan bekalan barang penggunaan serta memenuhi permintaan rakyat China terhadap kehidupan yang bertaraf lebih tinggi.

Hidangan bagi perayaan TBC semakin pelbagai menunjukkan keazaman China untuk memperkasakan keterbukaan dan berkongsi peluang pembangunan dengan seluruh dunia.
 

徐国玮