Aktiviti Sambutan TBC 2020 Diadakan di Bangkok

2020-01-25 15:27:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_MAIN202001251135000230388024648

图片默认标题_fororder_MAIN202001251136000076888695109


Aktiviti sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2020 telah diadakan di Bangkok pada malam semalam. Pegawai dari badan pelancongan kerajaan China dan Thailand telah menghadiri aktiviti tersebut dan saling menyampaikan salam serta mengucapkan Selamat TBC kepada rakyat kedua-dua negara. 2020 merupakan Ulang Tahun ke-45 ikatan hubungan diplomatik China-Thailand. Oleh itu, kedua-dua negara mengadakan aktiviti sambutan TBC untuk terus mendorong kerjasama China-Thailand dalam bidang kebudayaan dan pelancongan. Persembahan tarian dan nyanyian didendangkan artis China dan Thailand telah memenangi tepukan dan sorak-sorai yang gemuruh dari para penonton.

张宪