NHC: Tujuh Pasukan Perubatan Dikerahkan ke Wuhan

2020-01-26 20:09:07  CRI
Share with:

Menteri Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Ma Xiaowei hari ini di Beijing menyatakan, tujuh pasukan perubatan yang terdiri daripada lebih 900 anggota telah dikerahkan ke Wuhan, dan pasukan pengganti juga siap dibentuk dan bersedia untuk dihantar ke kawasan wabak pada bila bila masa. Serentak itu, pasukan perubatan tentera yang dianggotai 450 orang sudah tiba di Wuhan untuk memulakan kerja.

Dalam sidang taklimat pejabat penerangan Dewan Negara mengenai kerja pencegahan dan kawalan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu di Beijing petang tadi, Ma menyatakan, sekarang adalah masa kritikal bagi mengawal wabak. Pada masa seterusnya,hendaklah berpandukan pimpinan Kumpulan Pengarah Kerja Atasi Wabak Pusat, mengutamakan kerja kawalan wabak, melaksanakan peraturan dengan bersungguh-sungguh dan menjalankan pencegahan dan kawalan secara saintifik.

Kerja-kerja yang konkrit termasuk menjalankan pencegahan dan kawalan yang ketat terhadap Wuhan, provinsi Hubei dan tempat lain di seluruh negara, dan dengan tegas mengekang penularan wabak. Serentak itu, dengan sedaya upaya menjalankan rawatan terhadap pesakit.

Menurut Ma, sebanyak 12 pasukan perubatan lagi yang melibatkan 1,200 orang akan dikerahkan ke Wuhan pada hari ini dan esok. Jabatan kerajaan berkenaan sedang menyelaraskan kerja pelbagai pihak untuk memastikan barang-barang kecemasan dan keperluan bagi kawalan wabak dihantar ke destinasi tepat pada masanya.

曹捷