Pembasmian Kemiskinan China Jadi Teladan bagi Dunia

2020-01-26 15:27:47  CRI
Share with:

Menteri Penerangan Kemboja ketika diwawancara baru-baru ini berkata, China mencapai kejayaan yang menakjubkan dalam bidang pembasmian kemiskinan dalam tempoh lebih 40 tahun yang lalu. Kejayaan China tersebut menjadi teladan bagi masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara membangun. Dana Kedamaian dan Pembangunan China (CFPD) dan Forum Persekutuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Kemboja melancarkan projek rintis pembantuan kemiskinan di Kemboja baru-baru ini. Projek yang akan berlangsung selama tiga tahun itu melibatkan pembinaan lebuh raya, prasarana bekalan air minum, pembinaan pusat perubatan, latihan vokasional pertanian dan tadbir urus persekitaran di kampung.
Projek tersebut dipercayai bukan sahaja berperanan membantu mengurangkan kemiskinan di Kemboja, tetapi juga memupuk persahabatan antara rakyat kedua-dua negara. 
 

徐国玮