Periksa Suhu Badan Penumpang di 387 Stesen Kereta Api

2020-01-26 14:49:37  CRI
Share with:


Dimaklumkan Syarikat Kumpulan Landasan Kereta Api Negara China Bhd. (China Railway), pihaknya akan bersungguh-sungguh melaksanakan langkah pencegahan wabak yang dikeluarkan oleh pelbagai kerajaan daerah, bekerjasama untuk menghentikan pengangkutan kereta api yang berkenaan buat sementara waktunya, menjalankan pemeriksaan suhu badan terhadap setiap penumpang, mengutamakan pengangkutan barang keperluan pencegahan wabak dan meningkatkan perlindungan kesihatan pekerja. 

Setakat pukul 8 malam semalam, laluan keluar di 72 buah stesen kereta api dalam wilayah provinsi Hubei telah ditutup, manakala kerja pemeriksaan suhu badan terhadap penumpang yang keluar dan masuk dimulakan di 387 buah stesen kereta api di seluruh negara China. Pada hari pertama Tahun Baru Cina, iaitu 25 Januari lalu, jumlah penumpang kereta api berkurang 38.4% berbanding masa yang sama tahun yang lalu, dengan mencatat 2.6 juta orang.

张宪