Kerajaan Pusat Tubuhkan Kumpulan Pengarah Kerja Atasi Wabak

2020-01-26 13:45:11  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1128259097

Pada hari pertama Tahun Baharu Cina, iaitu pada 25, Januari lalu, Jawatankusa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat untuk mendengar laporan mengenai kerja pencegahan dan pengawalan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu, terutamanya menjalankan perbincangan mengenai kerja kerja rawatan pesakit serta menggariskan tindakan selanjutnya di samping meningkatkan lagi motivasi berkenaan. Mesyuarat itu dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankusa Pusat PKC, Xi Jinping yang turut menyampaikan ucapan konstruktif.

Mesyuarat itu memutuskan untuk menubuhkan kumpulan pengarah kerja bagi mengatasi wabak, dan menghantar pasukan pakar ke kawasan kawasan yang ditimpa wabak yang teruk termasuk Hubei untuk membantu memperhebat kerja kerja pencegahan secara komprehensif.

 

曹捷