Rai TBC di Kedutaan Besar China

2020-01-26 15:27:22  CRI
Share with:


Sempena ketibaan Tahun Baru Cina (TBC), sebahagian Kedutaan Besar China di luar negara mengadakan jamuan sambutan. Turut hadir, tokoh terkemuka pelbagai bidang, orang Cina dan perantau China di seberang laut, wakil dari institusi pelaburan China dan pelajar China di luar negara. 

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian dalam jamuan sambutan TBC di Malaysia baru-baru ini menyatakan beliau berharap hubungan China-Malaysia terus berkembang maju. Malaysia akan menganjurkan persidangan tidak rasmi pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada penghujung tahun 2020. Oleh itu, pemimpin China akan bertolak ke Malaysia untuk menghadiri persidangan tersebut sekali gus membawa peluang perkembangan yang lebih besar bagi hubungan kedua-dua negara. Diharapkan hubungan China-Malaysia kekal berkembang baik, kerjasama pelaburan makin makmur, interaksi sosiobudaya lebih mendalam sehingga lembaran baharu dapat dibuka dalam kerjasama persahabatan kedua-dua negara.

张宪