NHC: 1,975 Kes Pneumonia Akibat Koronavirus Jenis Baharu

2020-01-26 14:35:55  CRI
Share with:

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, dalam tempoh 24 jam semalam, sebanyak 29 buah provinsi, wilayah dan bandar telah melaporkan 688 kes baharu pneumonia akibat koronavirus jenis baharu, antaranya 87 kes yang teruk, dan kematian 15. Serentak itu, 11 pesakit telah sembuh dan tamat rawatan di hospital, sedangkan 1,309 kes kebarangkalian di laporkan.

Setakat pukul 24.00 tengah malam semalam, NHC telah mendapat laporan daripada 30 buah provinsi, wilayah dan bandar yang menunjukan jumlah keseluruhan kes penyakit itu telah mencatat 1,975, dengan 324 daripadanya dalam keadaan yang teruk. Penyakit jenis itu telah meragut 56 nyawa, manakala 49 orang sudah sembuh dan keluar dari hospital. Pada masa sekarang, terdapat lagi 2,684 kes kebarangkalian.

Selain itu, lima kes dikesan di Hong Kong, dua di Makau dan tiga di Taiwan.

Menurut laporan dari negara asing, tiga kes masing-masing dikesan di Malaysia, Singapura dan Perancis, empat kes di Thailand, dua di Vietnam, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, dan satu di Nebal dan Austrialia. 

曹捷