Pekerja Perubatan Tungkus Lumus Lawan Wabak

2020-01-26 15:26:28  CRI
Share with:


Ramai pekerja perubatan dilaporkan bertungkus lumus mengatasi wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu untuk menghalang penularannya. Pasukan perubatan kecemasan dari provinsi Hunan, Sichuan dan Jiangsu telah dihantar ke Wuhan pada hari pertama Tahun Baru Cina (TBC). Ahli pasukan perubatan kumpulan pertama dari Sichuan ke Wuhan, Zhou Zhonghui berkata, ditugaskan ke Wuhan merupakan tanggungjawab yang wajib diri sebagai pekerja perubatan. 

Rolf Hilgenfeld, pakar bidang pengajian koronavirus dari Jerman telah membawa dua jenis katalisator negatif ke China. Beliau dalam wawancara menyatakan semasa antibodi terhasil dalam orang yang cukup ramai bilangannya, sifat menyekat diri sendiri dipunyai koronavirus itu akan hidup yang dipercayai dapat mengawal penularan virus tersebut sehingga wabak berkenaan berakhir. Oleh itu, beliau mencadangkan sebaiknya terus berada di rumah semasa cuti TBC, dan mesti memakai pelitup sekiranya berada di tempat orang ramai.

张宪