Nekad Cegah Penularan Wabak

2020-01-27 12:19:28  CRI
Share with:


Kumpulan kerja yang diketuai Perdana Menteri Li Keqiang memanggil mesyuarat di Beijing semalam untuk mengatur kerja-kerja selanjutnya bagi mencegah dan mengawal wabak penyakit pneumonia akibat koronavirus jenis baharu.

Mesyuarat menuntut badan kerajaan di semua peringkat mencegah penularan wabak tersebut melalui tindakan yang lebih berkesan, teratur dan saintifik. 

Pengagihan sumber negara perlu diselaraskan dengan mengutamakan keselamatan kakitangan perubatan khususnya dari segi bekalan bahan-bahan yang amat diperlukan oleh tempat-tempat terbabit seperti pakaian pelindung serta penutup mulut dan hidung. Bekalan barang-barang keperluan harian penduduk tempatan juga perlu dijamin.

Mesyuarat menekankan perlunya meningkatkan pengawasan di seluruh negara, dengan usaha lebih rapi untuk mengasingkan dan memeriksa pesakit dan orang yang disyaki dijangkiti, serta orang yang pernah bergaul rapat dengan mereka.

Rawatan terhadap pesakit perlu dititikberatkan, bagi menurunkan kadar kematian sedapat mungkin. Pakar, penyelidik dan pertubuhan sosial akan digalakkan terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan, bagi menemukan vaksin dengan secepat mungkin.

China juga akan terus meningkatkan kerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) serta negara-negara dan wilayah yang berkenaan.

张宪