Kedutaan AS di Iraq Dibedil Roket

2020-01-27 12:22:51  CRI
Share with:

 
Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Iraq telah dibedil serangan roket malam semalam.

Sumber dari Kementerian Dalam Negeri Iraq memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua bahawa beberapa butir roket Katyusha digugurkan ke bangunan kedutaan tersebut yang terletak di Zon Hijau, Baghdad.

Zon Hijau yang berlokasi di tengah-tengah bandar Baghdad, tempat letaknya pusat kerajaan Iraq serta kedutaan AS dan Britain di negara itu.

张宪