NHC: 2,744 Kes Koronavirus Jenis Baharu

2020-01-27 13:34:22  CRI
Share with:

Sebanyak 769 lagi kes jangkitan pneumonia akibat koronavirus jenis baharu dilaporkan di 30 provinsi, wilayah dan bandar di serata China dalam tempoh 24 jam semalam.

Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) memaklumkan, 137 daripadanya dikategorikan sebagai teruk dan 24 telah meninggal dunia, kesemuanya di provinsi Hubei. 

Dalam tempoh sehari yang sama, sebanyak 2 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, sedangkan 3,806 kes baharu yang disyaki jangkitan wabak itu dilaporkan.


Setakat tengah malam semalam, sebanyak 2,744 kes jangkitan telah dilaporkan kepada NHC dengan 461 daripadanya dalam keadaan teruk, 80 telah meninggal dunia, manakala 51 sembuh seluruhnya.

Pada masa ini, kesemuanya terdapat 5,794 kes disyaki jangkitan koronovirus jenis itu.


Lapan kes telah dikesan di Hong Kong, lima di Makau dan empat di Taiwan.

Thailand melaporkan tujuh kes jangkitan, manakala Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Perancis masing-masing tiga kes. Selain itu, empat kes telah dilaporkan di Singapura dan Australia,
dua di Vietnam, dan satu di Nepal.

曹捷