Pengarah WHO Dalam Perjalanan ke China

2020-01-27 13:19:03  CRI
Share with:


Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus sedang dalam perjalanan ke China untuk mengetahui situasi wabak penyakit pneumonia akibat koronavirus jenis baharu.

Tedros juga akan membincangkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak dengan pegawai kerajaan dan pakar China.

Terdahulu, beliau menyatakan melalui media sosial bahawa kumpulan kerja WHO akan turun padang untuk menyiasat situasi semasa dan memperkukuh kerjasama dengan pihak China.

Katanya, WHO sedang berusaha untuk memberi sokongan kepada rakyat China pada tempoh getir ini, di samping mengekalkan hubungan rapat dengan negara-negara yang lain yang terlibat.

张宪