8 Maut Dok Terbakar di Alabama

2020-01-28 13:15:17  CRI
Share with:


Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila sebuah limbungan kapal di Scottsboro, negeri Alabama, selatan Amerika Syarikat (AS) dijilat api awal pagi semalam.

Insiden yang berlaku di Taman Kaunti Jackson itu turut memusnahkan kira-kira 35 buah bot.

Menurut laporan media tempatan, kebakaran tercetus pada tengah malam dan merebak dengan cepat, ketika orang sedang tidur di dalam rumah bot.

Tujuh orang yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

张宪