PBB Sokong Usaha Kawal Wabak

2020-01-28 14:14:54  CRI
Share with:

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun telah memaklumkan situasi semasa wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu semasa pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semalam.

Zhang menyatakan, kerajaan China amat mementingkan kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak, dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Langkah-langkah telah diambil dengan segera, bagi membina sistem pencegahan dan kawalan wabak yang meliputi seluruh negara.

China juga bekerjasama rapat dengan masyarakat antarabangsa, dan sedang melakukan yang terbaik untuk merawat pesakit dan mencegah penyebaran wabak tersebut.

Guterres berkata, pada masa genting ini, PBB teguh menyokong usaha kerajaan dan rakyat China, dan bersedia menghulurkan segala yang diperlukan untuk mengatasi keadaan semasa.

徐国玮