Jamin Bekalan Barang Keperluan

2020-01-28 13:53:08  CRI
Share with:

Kementerian Perdagangan China akan mengawal penularan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu melalui pendekatan menyasarkan sistem perniagaan, di samping menjamin bekalan barang-barang keperluan dalam pasaran. 

Pada mesyuarat peringkat kebangsaan yang diadakan secara telesidang semalam, kementerian tersebut meminta jabatan-jabatan berkenaan di seluruh negara melakukan usaha terbaik untuk memastikan kehidupan asas rakyat terjamin. 

Pihak berkuasa tempatan perlu menubuhkan kumpulan kerja bagi mengetuai tugas-tugas mustahak dan meningkatkan penyelarasan bagi membentuk jaringan bekalan yang cekap. 

Mereka juga perlu memahami keadaan bekalan dan permintaan melalui tinjauan pasaran, menambah bekalan produk seperti minyak masak, daging, telur, sayur dan makanan segera, serta melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa.

曹捷