4,130 Petugas Kawal Wabak di Hubei

2020-01-28 13:30:46  CRI
Share with:

Setakat pukul 11.00 pagi tadi, sebanyak 30 pasukan seramai 4,130 kakitangan perubatan telah dihantar ke provinsi Hubei untuk mengawal penularan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu.

13 pasukan lagi akan tiba di sana petang ini, menambah jumlah petugas yang dikerahkan dari seluruh negara kepada hampir 6,000 orang.

Dimaklumkan, doktor dan jururawat yang dihantar terdiri daripada kakitangan hospital tentera dan awam serta pengamal perubatan Barat dan perubatan tradisional Cina.

徐国玮