Kumpulan Kerja Pusat Ketuai Usaha Kawal Wabak

2020-01-29 13:44:39  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan mengetuai kumpulan kerja pusat ke provinsi Hubei untuk memimpin kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak pneunomia koronavirus jenis baharu di sana.

Beliau menekankan perlunya memperkukuh keyakinan dan berganding bahu menjalankan pencegahan secara saintifik dengan kepimpinan, arahan dan tindakan bersatu.
 

Juga dititikberatkan, pengagihan sumber perubatan secara munasabah, penambahbaikan program rawatan serta kesungguhan untuk menyembuhkan pesakit kritikal supaya kematian dikurangkan dengan sedapat mungkin.

Katanya, adalah amat mustahak wad dan kawasan hospital baharu diselenggarakan dengan baik, kesihatan dan keselamatan kakitangan perubatan dijamin, analisis dan penilaian situasi wabak dipercepat, dan perkembangan terkini dimaklumkan dengan tepat dari semasa ke semasa.

曹捷