Britain Benarkan Huawei Terlibat Bina 5G

2020-01-29 14:06:12  CRI
Share with:

Kerajaan Britain membenarkan syarikat Huawei terlibat dalam pembinaan rangkaian 5G negara itu dengan syarat-syarat tertentu. 

Menurut pengumuman rasmi semalam, Huawei bagaimanapun tidak dibenarkan membekalkan kelengkapan untuk "bahagian-bahagian bersifat sensitif" dalam rangkaian berkenaan.

Huawei juga hanya akan dibenarkan mengisi kuota 35% pasaran kelengkapan peranti persisian, dan tidak boleh membina fasiliti di lokasi sekitar pangkalan tentera dan pusat nuklear.

Sebagai respons, Naib Presiden Huawei, Zhang Jiangang menyatakan kerajaan Britain telah mengesahkan pihaknya boleh terus bekerjasama dengan pelanggan untuk memastikan teknologi 5G dapat disediakan dengan lancar.

Dasar ini dianggap akan membawa masuk prasarana telekomunikasi yang lebih maju, selamat, menjimatkan dan berorientasikan masa depan ke Britain. 

Sebelum ini, beberapa media memetik kenyataan pihak Kesatuan Eropah (EU) yang mengatakan mereka tidak akan melarang penglibatan Huawei dalam pembinaan rangkaian 5G.

徐国玮