Trump Umum 'Perjanjian Abad Ini'

2020-01-29 13:42:27  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125509397_15802590189391n


Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan pelan damai Asia Barat iaitu "perjanjian abad ini" yang dikatakan untuk mendorong penyelesaian masalah Palestin-Israel.

Pihak Palestin bagaimanapun tidak terlibat dalam proses rundingan yang membawa kepada tercapainya pelan tersebut, dan menolak seluruhnya kandungan dokumen itu.

图片默认标题_fororder_1125509397_15802590190381n


Sebahagian kandungan "perjanjian abad ini" diumumkan Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rumah Putih semalam waktu tempatan.

Menurut Trump, perjanjian itu mengusulkan sebuah "pelan dua negara" yang realistik, yang mengiktiraf kota suci Baitulmuqaddis sebagai ibu negara yang tak terpisah bagi Israel.

Pihak Palestin pula boleh menjadikan sebahagian lokasi di Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara mereka pada masa depan.

张宪