6,000 Kakitangan Dikerah ke Hubei

2020-01-29 13:40:22  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125508913_15802207868271n

Setakat malam semalam, hampir 6,000 kakitangan perubatan dari 29 provinsi, wilayah dan bandar telah dikerahkan ke Hubei bagi menyokong kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak di Wuhan, Huanggang, Xianning, Xiaogan, Xiantao, Tianmen dan Qianjiang.

Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) semalam memaklumkan, staf-staf berkenaan adalah dari jabatan respiratori, penyakit berjangkit dan jagaan kritikal serta perubatan Barat dan tradisional Cina, antaranya termasuk pasukan perubatan tentera.

Mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing, ada antaranya pernah membantu kerja-kerja serupa membabitkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS), serta Ebola di Afrika. 

Menurut NHC, sebanyak 1,459 lagi kes jangkitan pneumonia akibat koronavirus jenis baharu dilaporkan di 31 provinsi, wilayah dan bandar di serata China dalam tempoh 24 jam semalam, 263 daripadanya adalah kritikal dan 26 telah meninggal dunia.

Dalam tempoh sehari sama, 43 pesakit telah sembuh, sedangkan 3,248 kes baharu yang disyaki jangkitan wabak itu dilaporkan.

Setakat tengah malam semalam, sebanyak 5,974 kes jangkitan telah dilaporkan kepada NHC, dengan 1,239 daripadanya dalam keadaan teruk. 

Wabak itu telah meragut 132 nyawa, manakala 103 orang sudah sembuh seluruhnya dan dibenarkan keluar dari hospital.  

Pada masa ini, terdapat lagi 9,239 yang disyaki dijangkiti.

图片默认标题_fororder_1125508995_15802245048361n

 

曹捷