30 Juta Penonton Siaran Langsung Pembinaan Hospital di Wuhan

2020-01-29 15:49:58  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_45f7d101a0ff4926ab61d8a07233c869

Jumlah penonton dalam talian yang mengikuti siaran langsung tentang pembinaan Hospital Huoshenshan dan Hospital Leishenshan di bandar Wuhan melalui APP CCTV Video Kumpulan Media China (GMC) telah mencecah 30 juta pada pukul 3 pagi tadi. Projek pembinaan kedua-dua hospital tersebut masing-masing dimulakan pada 23 dan 25 Januari lalu untuk tujuan menerima pesakit wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu. 

图片默认标题_fororder_74a058572cf543d2841210a5fdf3363c

Berbeza dengan yang berkandungan hiburan dan penyampaian berita, siaran langsung tersebut disampaikan tanpa suara penjelasan dan muzik latar belakang. Walau begitu, ia tetap menjadi tarikan besar bagi ramai pengguna internet. Menurut pendapat sesetengah penyelidik, “siaran langsung mengenai pembinaan hospital” berfungsi menjadikan pengguna internet “saling menemani” dalam talian sehingga meredakan kerisauan orang yang sudah lama berada di rumah, malah juga menunjukkan hasrat rakyat China bahawa wabak berkenaan boleh diatasi dengan secepat mungkin.

张宪