Pendakwaan Trump Masuk Hari Ke-7

2020-01-29 14:04:26  CRI
Share with:

Perbicaraan di Senat Amerika Syarikat (AS) bagi kes pendakwaan terhadap Presiden Donald Trump memasuki hari ketujuh semalam. 

Pihak pendakwa dan pembela kini secara rasminya selesai menyampaikan hujah pembukaan, setelah pasukan peguam bela Trump menggulung hujah mereka.

Kata "bahaya" berulang kali disebut oleh kedua-dua pihak. 

Pengerusi Jawatankuasa Risikan Dewan Perwakilan, Adam Schiff berpendapat tindakan Trump "menggunakan kuasa presiden untuk mendapatkan kepentingan sendiri dengan bantuan pihak luar" mengancam keselamatan negara dan kesahan pilihan raya lalu. 

Jika Trump tidak didakwa, sistem pengasingan tiga kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan akan berdepan bahaya.

Ketua pasukan peguam bela Trump, Jay Sekulow bagaimanapun menegaskan presiden itu tidak melakukan jenayah. Jika Trump didakwa tanpa bukti yang mencukupi, ini akan mewujudkan "duluan yang buruk", juga satu "tindakan yang berbahaya".

徐国玮