5G+Perubatan Pintar Bantu Lawan Wabak

2020-01-29 14:05:37  CRI
Share with:

Hospital Leishenshan di bandar Wuhan kini dilengkapi prasarana komunikasi dan rangkaian 5G, yang akan membantu meringankan beban kerja-kerja merawat pesakit.

Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China memaklumkan, prasarana berkenaan siap dibina malam tadi, dan langkah seterusnya adalah untuk mempercepat penggunaan aplikasi seperti "5G+perubatan pintar" bagi mengawal penularan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu.

Liputan yang tersedia mampu memenuhi keperluan komunikasi sebanyak 25,000 orang pada satu-satu masa, di samping membolehkan pemantauan, diagnosis dan pembedahan secara jarak jauh serta penghantaran data dilakukan. 

徐国玮