Usaha Lawan Wabak, Cermin Perlindungan Hak Asasi

2020-01-29 14:10:20  CRI
Share with:


Tatkala rakyat China sedang bertungkus lumus berjuang melawan wabak penyakit pneumonia akibat koronavirus jenis baharu, ada pula media Barat yang mengutuk China "bertindak keterlaluan" bahkan "mencabuli hak asasi manusia". 

Hilanglah etika perubatan paling asas jika mereka sanggup menghitamkan sesebuah negara atas nama hak asasi dalam senario semasa.

Padahal, kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak di China mencerminkan perpaduan seluruh rakyat dan keprihatinan yang diberi kepada perlindungan hak asasi. 

Penyakit pneumonia akibat koronavirus jenis baharu membawa ancaman langsung terhadap nyawa dan kesihatan manusia. Menurut pakar perubatan, salah satu cara penting dalam strategi pencegahan dan kawalan wabak adalah dengan mengurangkan pergerakan dan persentuhan sesama orang, supaya memutuskan saluran penyebaran virus.
 
Pada hari-hari kebelakangan ini, China telah mengambil pelbagai langkah pencegahan dan kawalan, yang bukan sahaja mempertimbangkan keselamatan nyawa dan kesihatan orang di dalam negeri, tetapi juga seluruh dunia. Inisiatif yang diambil China selaras dengan peraturan yang diterima pakai di peringkat antarabangsa, dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
 
Presiden Xi Jinping berulang kali menekankan perlunya mengutamakan kepentingan rakyat dalam perjuangan melawan wabak penyakit tersebut. Selain menanggung kos rawatan pesakit, pihak berkuasa juga telah menggerakkan hampir 6,000 kakitangan perubatan dari serata negara ke provinsi Hubei.

Syarikat berkenaan pula sedang bekerja lebih masa untuk menjamin bekalan bahan-bahan yang diperlukan seperti penutup mulut dan hidung, pakaian pelindung dan pelindung mata. 

Berhubung bekalan barang keperluan harian penduduk bandar Wuhan, pihak-pihak berkenaan telah membuka saluran hijau pengangkutan untuk memastikan bekalan tidak akan terputus dan harganya stabil.

Jelas sekali, Wuhan tidak menjadi seakan-akan pulau di darat yang terasing gara-gara wabak penyakit.

张宪