Pesta Budaya Etnik Myanmar Buka Tirai

2020-02-03 12:56:24  CRI
Share with:

Pesta Budaya Etnik Myanmar ke-2 membuka tirai di bandar Yangon kelmarin, dengan kehadiran puluhan ribu warga tempatan dan asing.

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi berkata, pesta itu diadakan untuk melindungi dan memperkenalkan budaya tradisional pelbagai etnik di Myanmar, sekali gus menggalakkan keamanan dan pembangunan ekonomi.

Selain aktiviti-aktiviti bertemakan budaya, Pertandingan Ratu Cantik Etnik Myanmar juga akan diadakan dalam tempoh pesta tersebut.

梁靓