Persahabatan China, Kemboja Tidak Terjejas

2020-02-06 11:53:58  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125535664_15809070308751n

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Beijing semalam.

Xi menyatakan, kerajaan dan rakyat China sedang berjuang melawan wabak pneumonia akibat koronavirus jenis baharu. Kedatangan Hun Sen pada masa yang penting ini mencerminkan persahabatan dan kesalingpercayaan yang kuat antara China dan Kemboja, serta kesignifikanan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.

Beliau menegaskan bahawa China mempunyai keyakinan dan kemampuan untuk mengatasi wabak tersebut, dan akan memperkasakan kerjasama dengan negara-negara lain termasuk Kemboja secara terbuka dan telus, demi kesihatan awam seluruh rantau dan dunia.

Hun Sen pula berkata, lawatannya kali ini adalah untuk menyokong rakyat dan kerajaan China melawan wabak itu. Pihak Kemboja akan meneruskan kerjasama dan pertukaran normal dengan China, dan bersama-sama membentuk komuniti berkongsi nasib dua negara.

梁靓