Media Turki Sanjung Usaha Lawan Wabak

2020-02-14 11:31:01  CRI
Share with:

Usaha China melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19) mendapat perhatian luas pelbagai negara, termasuk media dari Turki yang menyanjung tinggi langkah-langkah positif bagi mencegah penularan virus tersebut.

Terdapat banyak laporan tentang perkembangan situasi di China pada masa ini, dan tidak mudah untuk membezakan maklumat benar dengan yang palsu.

Selen Yalaz, wartawan dari Agensi Berita Demiroren Haber Turki menyatakan beliau bersetuju dengan pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap inisiatif yang diambil China. Pada pendapat beliau, respons kerajaan China pantas dan berkesan.

Wartawan dari stesen televisyen TRT, Emine Kaplan pula yakin dengan usaha bersama kerajaan dan rakyat China serta sokongan dan bantuan daripada pelbagai negara, China pasti akan mengatasi wabak ini dalam masa yang singkat.

高蕾