4,823 Kes Baharu COVID-19

2020-02-14 11:37:35  CRI
Share with:

Sebanyak 4,823 lagi kes wabak koronavirus baharu (COVID-19) dilaporkan di Hubei dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk 3,095 yang dikenal pasti melalui diagnosis klinikal. Antaranya, 3,910 kes adalah di Wuhan.

Dalam sehari yang sama, 116 pesakit meninggal dunia di seluruh provinsi Hubei, 88 daripadanya di Wuhan, manakala 690 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Setakat tengah malam semalam, 51,986 kes telah dilaporkan di Hubei, antaranya 35,991 di bandar Wuhan.

Menurut data Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC), sebanyak 267 kes baharu dilaporkan di lokasi-lokasi serata Tanah Besar di luar provinsi Hubei dalam tempoh 24 jam semalam, menurun untuk hari kesepuluh berturut-turut.

高蕾