Tokoh terkemuka dari lingkungan ekonomi dan politik Eropah dan Amerika Latin masing-masing menyanjung tinggi usaha China melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19), dalam temu bual eksklusif secara atas talian bersama Kumpulan Media China (CMG).
Bekas Perdana Menteri Itali yang juga bekas Presiden Suruhanjaya Eropah, Romano Prodi menyatakan China telah mengambil langkah-langkah luar biasa untuk menghadapi wabak yang tercetus secara tiba-tiba. Rakyat China yang berganding bahu pasti akan mencapai kemenangan pada akhirnya. Beliau menegaskan semua negara di dunia saling berkait rapat, maka haruslah bersatu padu untuk menyokong China.
Bekas Perdana Menteri Perancis, Dominique de Villepin menzahirkan sokongan dan rasa kagum terhadap perjuangan China melawan wabak tersebut. Seorang lagi bekas Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin pula menyuarakan keyakinan bahawa rakyat China pasti akan menang dalam perjuangan melawan wabak ini.
Duta Besar Austria ke China, Friedrich Stift, Duta Besar Cuba, Carlos Miguel Pereira, Duta Besar Ecuador, Carlos Larrea Davila dan Duta Besar Croatia, Dario Mihailin masing-masing menyampaikan salam tulus ikhlas kepada rakyat China, sambil mengatakan kesungguhan kerajaan China mencegah penularan wabak wajar diberi pujian.