Pakar WHO Optimistik terhadap Situasi Wabak

2020-02-14 11:33:06  CRI
Share with:

Pakar epidemiologi dan penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof. Robert Steffen bersikap optimistik terhadap perjuangan melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19), memandangkan usaha gigih China untuk mencegah penularannya.

Dalam wawancara bersama Kumpulan Media China (CMG) semalam, beliau menyatakan orang ramai tidak perlu panik, namun dinasihati supaya kekal berwaspada.

Katanya, jumlah kes yang disahkan jangkitan wabak tersebut telah menurun. Walaupun masih wujud unsur-unsur ketidakpastian, namun keadaan semasa dikatakan optimistik pada keseluruhannya.

Beliau beranggapan China, WHO malah seluruh dunia telah memperoleh banyak pengalaman dan lebih bersiap sedia untuk melawan wabak.

高蕾