China, WHO Bincang Penubuhan Pasukan Bersama

2020-02-14 12:30:58  CRI
Share with:

Jabatan-jabatan berkenaan China dan kumpulan pakar yang dihantar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang membincangkan aturan spesifik mengenai penubuhan sebuah pasukan bersama, bagi tujuan melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam taklimat media secara atas talian semalam menyatakan, pasukan berkenaan akan menjalankan interaksi secara mendalam mengenai keadaan wabak serta langkah pencegahan dan kawalan, di samping mencadangkan tindakan selanjutnya kepada China dan negara-negara lain yang terlibat.

高蕾