Rakyat Sejagat Tunjuk Sokongan kepada China

2020-02-14 13:41:16  CRI
Share with:

Pihak China mengucapkan terima kasih kepada rakyat di seluruh dunia terutamanya muda-mudi yang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19).

Jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang semalam berkata, dengan sokongan rakyat dari semua negara, China pasti dapat mengatasi wabak kali ini.

Pada beberapa hari lalu, klip video memaparkan koir sekolah rendah di Ireland Utara menyanyikan lagu “Let the World be Full of Love” tular di Internet. Murid-murid yang mendedikasikan lagu itu kepada rakyat China mendapat penghargaan daripada para netizen negara ini, dan diundang untuk datang berkunjung pada suatu hari kelak.

Penduduk bandar Firenze dan Naples di Itali menunjukkan sokongan mereka melalui kempen “Dakaplah orang China”. Datuk Bandar Firenze, Dario Nardella dalam Twitter menggalakkan warga Itali melihat wabak COVID-19 secara rasional, dan menyeru seluruh dunia bersama-sama China menghadapi wabak tersebut.

Tobi, seorang pemuda dari Jerman pula menginisiatifkan aktiviti melaungkan slogan “I am China” dalam media sosial, menyeru rakyat seluruh dunia bersama-sama melawan wabak dan menghapuskan diskriminasi.

高蕾