Mesyuarat Khas Menteri Luar China-ASEAN di Laos

2020-02-20 18:13:21  CRI
Share with:

Mesyuarat khas menteri-menteri luar China-ASEAN tentang wabak koronavirus baharu (COVID-19) membuka tirai di Vientiane, Laos hari ini. Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya Teodoro Lochen dari Filipina, negara penyelaras hubungan ASEAN-China, dengan kehadiran menteri-menteri luar pelbagai negara ASEAN. 

Dalam ucapannya, Wang Yi telah menjelaskan langkah-langkah yang diambil China untuk melawan wabak COVID-19. Katanya, wabak penyakit tidak mengenal sempadan negara. China dan negara-negara ASEAN berkongsi nasib, dan perlu mempergiat kerjasama bagi membendung penularan wabak, melindungi keselamatan nyawa rakyat, di samping membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat. 

Wang mengetengahkan empat saranan. Pertama, mempergiat penyelarasan dan kerjasama melibatkan pencegahan dan kawalan wabak, termasuk dari segi kuarantin, pengangkutan dan keluar masuk di sempadan. Kedua, menubuhkan mekanisme kerjasama jangka panjang, selain pusat rizab bahan-bahan keperluan melawan wabak. Ketiga, menghadapi wabak dengan sikap munasabah dan mengelakkan daripada tercetusnya panik. Kewibawaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu dihormati, manakala interaksi dan kerjasama normal dipulihkan secara menyeluruh secepat mungkin. Dan keempat, menjadikan krisis sebagai peluang dan meneroka titik pertumbuhan kerjasama baharu. Transformasi ekonomi kepada ekonomi siber dan digital perlu dipercepat, sejajar kerjasama lebih kukuh dalam bidang-bidang seperti e-dagang dan dompet digital. 

Mesyuarat turut meluluskan kenyataan bersama menteri-menteri luar.

王瑾