Mesyuarat Khas China-ASEAN Dirasmikan

2020-02-20 14:29:40  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_mesykhasca

 

Mesyuarat khas menteri-menteri luar China-ASEAN tentang wabak koronavirus baharu (COVID-19) diadakan di Vientiane, Laos hari ini. Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri mesyuarat tersebut. 

Acara dimulakan dengan tayangan satu klip video yang memaparkan perjuangan gigih rakyat China melawan wabak, serta gambar-gambar pemimpin 10 negara anggota ASEAN yang menyampaikan rasa simpati dan sokongan masing-masing. 

Wang dan rakan-rakan sejawatnya turut berganding tangan menyuarakan galakan kepada Wuhan dan China.

王瑾