Sektor Industri Sambung Operasi

2020-02-21 12:35:27  CRI
Share with:

 

 

图片默认标题_fororder_1125606382_15822584730811n

 

Berapa lama masa yang diperlukan untuk ekonomi China beroperasi semula secara normal, persoalan yang menjadi tumpuan seluruh dunia.

 

Menurut data rasmi, lebih 50% syarikat berskala besar dari sektor perindustrian di provinsi Guangdong dan Jiangsu serta bandar Shanghai telah menyambung kegiatan pengeluaran masing-masing setakat ini. Syarikat perdagangan luar juga berbuat serupa secara teratur.

 

图片默认标题_fororder_1125605860_15822535126371n

 

Di provinsi Zhejiang dan Shandong pula, kira-kira 70% syarikat telah memulihkan operasi.

 

Pada tahun lepas, jumlah import dan eksport keempat-empat provinsi tersebut mewakili lebih separuh perdagangan luar China. Pemulihan operasi syarikat di empat provinsi itu signifikan bagi menstabilkan perdagangan luar seluruh negara.

 

图片默认标题_fororder_1125606382_15822584731811n

 

Dalam pada itu, syarikat pengeluaran bahan-bahan keperluan pencegahan dan kawalan wabak turut mempercepat pemulihan operasi. Kadar gunaan kapasiti pengeluaran dalam industri penutup hidung dan mulut mencapai 110%. Bidang-bidang utama melibatkan kehidupan rakyat hampir pulih pada keseluruhannya, manakala lebih 95% syarikat yang terlibat dalam sektor petroleum, petrokimia, telekomunikasi, grid, dan pengangkutan kini beroperasi semula.

王瑾