Mesyuarat Kumpulan Pemimpin mengenai Kawalan COVID-19 dan Ekonomi

2020-02-22 13:35:06  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) semalam mengadakan mesyuarat mengenai kerja pencegahan dan kawalan wabak koronavirus baharu (COVID-19), serta penyelarasan antara kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Xi Jinping itu menegaskan bahawa penularan wabak kini telah dikawal pada peringkat awal, namun titik peralihan perkembangan wabak di seluruh negara masih belum mendatang, sedangkan situasi di provinsi Hubei dan bandar Wuhan masih teruk dan rumit. Pihak-pihak berkenaan perlu terus bertungkus lumus dalam perjuangan untuk melawan wabak.

Walaupun wabak ini telah memberikan tempias kepada ekonomi, namun ekonomi negara ini mempunyai daya tahan dan potensi yang cukup besar. Oleh itu, hala tuju perkembangan yang baik untuk jangka masa yang panjang tidak akan berubah.

Menurut mesyuarat itu, pelbagai pihak perlu melaraskan kerja pencegahan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, supaya memastikan sasaran yang ditetapkan sepanjang tahun ini dapat dicapai menurut jadual.

 

覃淼