Jepun: Sukan Olimpik Tokyo Ikut Jadual

2020-02-22 13:20:33  CRI
Share with:

Jurucakap kerajaan Jepun yang juga Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga semalam menyatakan, Sukan Olimpik Tokyo dan Sukan Paralimpik akan diadakan mengikut jadual.

Yoshihide Suga menyatakan, pihaknya akan merapatkan penyelerasan dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasan Penganjur Sukan Olimpik Tokyo dan kerajaan Tokyo, menjalankan kerja persiapan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan para atlet dan penonton sempena kedua-dua temasya tersebut.

Walaupun penularan wabak koronavirus baharu (COVID-19) membawa kesukaran kepada kerja persiapan bagi Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, namun pelbagai pihak Jepun yakin kedua-dua temasya sukan itu tiada pelan alternatif.

Bermula bulan Mac, ada 18 pertandingan ujian akan diadakan di Tokyo. Jurucakap Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo, Masa Takaya berkata pertandingan itu tidak akan ditangguhkan atau dibatalkan.

Difahamkan acara larian obor akan bermula pada 26 Mac dan ini dianggap sebagai satu cabaran yang besar kepada pihak penganjur. Orang awam dinasihati tidak turut hadir untuk menyaksikan acara tersebut jika berasa kurang sihat.

覃淼