Xi Balas Surat Bill Gates

2020-02-22 12:47:50  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada Bill Gates, Pengerusi Bersama Yayasan Bill & Melinda Gates kelmarin yang merakamkan terima kasih atas sokongannya terhadap usaha China melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19). Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan penyelarasan dalam melawan wabak ini.

 

Xi menyatakan bahawa China bertungkus lumus melawan wabak ini dan usaha ini telah menampakkan keberkesanannya. Kerajaan China sentiasa mengutamakan keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat sendiri serta rakyat seluruh dunia, selain turut menyumbang kepada keselamatan kesihatan awam global.
 

Xi menyatakan bahawa umat manusia berkongsi nasib. Masyarakat antarabangsa patut meningkatkan penyelarasan untuk bersama-sama mengatasi wabak ini.
 

Pada 27 Januari, Yayasan Bill & Melinda Gates mengumumkan akan  memperuntukkan USD5 juta untuk menyokong China melawan wabak COVID-19. Selepas itu, yayasan itu berjanji memberikan bantuan dana tidak melebihi USD100 juta, dan sebahagiannya akan digunakan bagi membantu China mempercepat pengajian vaksin, ubat, dan cara diagnosis.

覃淼