Lawan Wabak Sambil Pulih Operasi

2020-02-23 14:27:18  CRI
Share with:

Wabak koronavirus baharu (COVID-19) yang tercetus di China telah memberikan tempias kepada ekonomi dan membawa pengaruh besar terhadap kehidupan rakyat negara ini.

Hal ini turut menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap pertumbuhan ekonomi sejagat, dan keadaan pemulihan ekonomi China juga diberi perhatian seluruh dunia pada masa ini.

Presiden China, Xi Jinping dalam mesyuarat pada 21 Feburari lalu mengemukakan tuntutan untuk meningkatkan keterbukaan dan kerjasama antarabangsa, mempertingkat komunikasi dan penyelarasan dengan rakan ekonomi dan dagangan, memberi keutamaan kepada penyambungkan semula pengeluaran dan bekalan kepada syarikat yang berpengaruh dalam rantai bekalan global. Perusahaan pengeksport utama juga perlu diberi sokongan untuk membantu mereka memulihkan operasi secepat mungkin.

Demi meredakan tekanan dan mengurangkan kos syarikat berkenaan, kerajaan pusat dan tempatan telah mengemukakan dasar-dasar yang mengurangkan atau membatalkan cukai dan insurans sosial.

Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) dan jabatan pencukaian juga mengeluarkan dasar keutamaan kutipan cukai untuk jangka masa pendek yang mengkhususkan syarikat pengeksport.

Setakat 20 Feburari lalu, sebanyak 86.4% daripada 48 ribu buah syarikat subsidiari di bawah perusahaan milik negara yang dipimpin kerajaan pusat secara langsung telah pulih beroperasi.

胡星