Xi Balas Surat Pelajar Tibet

2020-02-23 14:32:33  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada 17 pelajar dari wilayah Tibet yang sedang menjalankan latihan di Hospital Shougang Universiti Peking sempena sambutan Tahun Baharu mengikut kalender Tibet. Beliau mempuji keinginan mereka untuk berbakti kepada sektor perubatan di Tibet. Presiden Xi turut menyampaikan mogaan dan harapan baik kepada penduduk Tibet.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dalam surat balas menyatakan bahawa doktor ialah penjaga kesihatan orang awam. Kakitangan perubatan berusaha bertungkus lumus dalam perjuangan melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19) pada masa ini. Pelajar-pelajar dari Tibet tersebut diharap mengambil mereka sebagai teladan, rajin belajar supaya memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan kelak.

Sebayak 17 pelajar dari Institut Perubatan Universiti Tibet kini menjalani latihan di Hospital Shougang Univerisiti Peking. Mereka menulis surat kepada Presiden Xi baru-baru ini yang menjelaskan hasil latihan mereka dan merakamkan terima kasih kepada parti dan negara, selain menyatakan komitmen untuk berbakti kepada kampung halaman serta negara dan rakyat.

胡星