Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan APEC di Kuala Lumpur

2020-02-23 14:34:27  CRI
Share with:

Mesyuarat Pertama Pegawai Kanan (SOM1) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 diadakan di Putrajaya Kuala Lumpur semalam. Malaysia selaku tuan rumah APEC tahun ini menyatakan, mesyuarat kali ini memfokuskan dasar-dasar yang berkesan bagi meningkatkan pembangunan sosioekonomi di rantau ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) dalam sebuah kenyatakan memaklumkan, lebih 100 mesyuarat, simposium dan tinjauan diadakan sempena mesyuarat yang diadakan pada 3 hingga 22 Febuari. Para peserta telah membincangkan pelbagai topik termasuk perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, inovasi, pembangunan mampan dan inklusif.

Pegawai MITI menyatakan, mesyuarat kali ini mengadakan perbincangan tentang pencapaian Sasaran Bogor menjelang akhir tahun ini serta wawasan kerjasama APEC pasca 2020.

胡星